Wednesday, April 7, 2010

Makan jom!!!

Alhamdulillah...Pertama sebab saye mampu mengupdate blog malam ini dengan keadaan yang serba kekurangan. kenapa??? Wireless sangat rapuh, Thanks to yana for her broadband;) Kedua sebab saye kenyang sudah. Dapat makan berjemaah bersama-sama roomate. Makan beramai-ramai itu indah. Sebab bila makanan kamu sudah habis, kamu boleh menjamah makanan kawan kamu pula. Itupun kalau tak malu la..

Yana : Dah lame tak makan sate.

Saye : Jom g kajang. (seterusnya perbualan tentang sate pun bermula. Sate itu la, sate ini la. Perbualan panjang yang amat so tak sesuai nak ditaip di sini.)

Saye : Lapar la, diorang katne eh. Nanti suruh singgah cafe, belikan burger. (Bukan BigMac tapi Burger kat kiosk western kat cafe serumpun. Sedap dimakan ketika perut lapar tahap dewa)

Yana : Jap2 aku massage.


Hehehe asalnya cuma nak makan burger tak berapa nak ada class. Finally terOrder BigMac;) and the other finally dapat Snack Plate je...khas daripada KFC. Jadilah... Orang kata kalau nak nampak cool makan la fastfood. Hahaha.


Saye : Nak air3x ( ulang banyak2 kali, konon2 manja)

Saye : Eh, pepsi?????

Mai : Ko tak minum Pepsi ke?

Saye : Tak, nanti jadi hitam....wink wink


Mesti dalam hati mereka mengatakan saye ni poyo. Hahaha, jujur ni kawan-kawan saye tak begitu menyukai pepsi, coke, diet pepsi dan seangkatan dengannya ( air berwarna hitam). Bukan takut jadi hitam sebenarnya, saye tak ada sebab yang kukuh pun. Dah semulajadi tak suka, nak buat camne kan. Tapi kalau ada sesiapa yang mahu belanja saye, saye tak kisah. Saye tetap akan minum dengan suka.

Jadi ada sesiapa nak ajak saye bersuka-ria di kedai makan?? Farah ni memang suka makan kalau dibelanja. Oh apa kata kita makan ABC...Saye sangat suka!

No comments: