Monday, April 26, 2010

Sajian Emak



Black Paper steak



ikan terubuk bakar+air asam.



....

Mana lagi sedap, ikan terubuk bakar + air asam buatan emak ataupun black paper steak di stesen kopitiam??

Perbandingan ni tak similar ye tak? Susah la nak compared sebab steak western food ikan terubuk Malaysian food (hehehe). Tapi sebab ikan terubuk bakar adalah dimasak oleh emak dengan penuh kasih sayang, maka dah tentu ikan terubuk bakar lebih sedap.

Memang sedap secukup rasa. Sila lap air liur yang meleleh tu ya. Saye makan bertambah-tambah dah terasa tidak mahu berhenti. Tapi sebelum perut meletup akibat overload baik saye segera membatalkan niat untuk tambah lagi satu pinggan.

Duduk di rumah, saye tak akan ada topik lain yang lebih menarik untuk berkongsi dengan kamu melainkan menu-menu yang menarik yang emak saye masak. Dari celik mata sampai pejam mata saye boleh makan macam-macam secara bufet. Gembira bukan.

~Sarapan pagi

Nasi lemak + pulut panggang + apam + teh 'O'

~Lunch

Sambal tumis udang + pecal + sambal belacan + ulam raja + ikan goreng + sup carot dan udang (ini makanan anak saudara saye, tapi sebagai maksu penyayang kami telah berkongsi) + air sirap selasih

~Minum petang

Bubur kacang + air kopi

~Makan malam

Tidak disediakan kerana kami semua ahli persatuan diet. Bagus bukan.

~Supper

Saye tak mampu tak makan malam jadi saye men"supper"kan diri dengan makan nasik + telur goreng mata + kicap.

Tak termasuk kudap-kudapan yang dimakan ketika sedang online dan ketika menonton cerekarama.

Sunday, April 25, 2010

cikungunya

"she and he are now friend"

Cuma satu perkara kecil yang saye temui di wall dia. Tapi impaknya cukup besar bagi saye.

Cepat-cepat saye hantar text pada dia

"U didn't tell me that u and her was be fwen at fb. Wut a really gud news!" ayat-ayat cinta terhalang yang penuh dengan drama.

"Oh 4got 2 tell. Benda dah lama. Itu dulu masa kitaorang still baik." ayat-ayat yang bagi saye ntah apa-apa. Macam tak boleh nak percaya pun.

Another text receive.

"Don't think to much"

Haih, yelah dalam dunia ni saye je yang salah sebab saye ni konservatif, suka berfikiran bukan-bukan, terburu-buru. selalu predict sendiri. Apa lagi? Kalau ada sila isi borang penilaian ni ye.

Apa perasaan saye sekarang ni, macam geram tapi macam mahu menangis, tapi macam mahu melempang dia dengan tapak tangan saye bersaiz xs ni. Nampak bukan, betapa bercelarunya minda saye.

Susah la, saye kena buat itu ini sebab nak jaga hati dia dan dia. Habis dia dan dia tu akan jaga hati saye ke. Sekarang ni saye dapat tahu "sesuatu" lagi. "Sesuatu" yang cukup buat saye jadi geram, bengang, marah, dan cemburu.

Memang sangat marah sekarang sampai saye mungkin akan melakukan banyak typing error dan kesalahan tatabahasa sebab saye sedang menaip laju-laju.

Saye dah kena tipu lagi ke. Wa kena ke beb?? Saye pun tak pasti apakah Farah tertipu sudah. Haihhh celaru ni.

Mesti kamu tak faham apa-apa kan mengenai entry diatas. Jadi segaralah kamu abaikan, dan segaralah kamu bersolat isya' (merepek!) Eh bukan merepek Ok, pergi solat sekarang.

Mari lupakan perasaan hati yang sakit ni. Jom makan nasik sambil layan movie online

Mujurlah masakan bonda dapat menyejukkan hati yang marah ni. Memang banyak saye makan ni. Supper saye umpama lunch. Tq emak. Saye sayang kamu. Lain kali kamu masak yang sedap-sedap lagi ok.

Rumah ibu bapa adalah tempat terbaik didunia ni. Tak ada yang boleh challenge ok, err walaupun rumah ibu bapa mertua. Maaf ye ibu dan bapa mertua. (hahaha macam lah ada) Kalau runsing segeralah duduk diam-diam dirumah ibu bapa masing-masing. Jangan nak datang rumah ibu bapa saye pulak ye. Tapi esok saye harus check out dari sini. Mahu menuju ke satu dunia baru. Well Tak sabar nak gain experience dunia baru saye. Akan seronokkah? akan tensionkah? akan penatkah?

Dunia baru tu apakah? Heee jangan tanya dulu. Biar saye lalui kemudian saye akan cerita sampai kamu taknak dengar saye cerita. Boleh?

Jagung rebus 1...siap!!!!

Jom masak bersama chef wan eh chef wan plak chef two......

Bahan-bahan yang diperlukan

1) Garam
2) Jagung yang berwarna kuning, kale biru tak mau k
3) 1 liter air. Ikut suka nak air apa pun
3) Heater

So kita nak masak apa sebenarnya ni, err kalau tak salah nak buat sweet corn,tapi sebab bahan-bahan sangat terhad jadi kita buat jagung rebus sudah.



Tengok tu bahan-bahan sudah disediakan. Nampak tidak, jagung tu warna kuning yang menyelerakan....



Eh, eh tadi cakap nak buat jagung rebus, tapi kenapa ada periuk stim ni??. Jangan risau sebenarnya saye rasa antara jagung rebus dan jagung kukus, jagung kukus lebih berkhasiat. Bukan kah begitu?? (Farah tipu) Sebenarnya jagung rebus yang dikejakan tak berjaya masak. Gila ah, macam mana nak betul-betul masak kalau kau just rebus dalam heater yang comel tu, jadi jalan mudah kita kukus saja. Begitu mudah kan.

Makan sudah..what to do???

Tuesday, April 20, 2010

Jalan-jalan pakai kaki itik

Tadi saye makan instans soup jak. Tak sedap sangat pun tapi bantai sebab lapar. Kesian kan. Bila nak dapat makan sedap-sedap ni.

Erm makan sedap sebenarnya sudah. Hari sabtu lepas. Yum yum yum...Walaupun hujan lebat, kami masing-masing tabahkan hati untuk teruskan perjalanan ke destinasi untuk melampiaskan nafsu. (huhu ayat macam terlebih sudah).


Destinasi pertama: Kajang


Makan apa hari ni? Erk? kenapa tanya soalan tu, saye paling tak suka nak jawab soalan tentang makan.





Enaknya, sedapnya, kuahnya em em mengancam. Eleh saye sengaja hiperbola disitu sebab nak buat kamu cemburu sama perut saye. Sebenarnya makanan-makanan tersebut tidaklah seperti yang digembar-gemburkan, rasanya sama seperti sate je. sebab ia sememangnya sate.

Destinasi kedua : Bangi

Pasar malam Bangi sebenarnya. Tak sempat nak capture gambar walau satu pun. Yelah sesak pulak, tak sempat la nak bergedik depan camera.

"Eih, tak tahan la tempat ni, banyak asap, bau bundle pulak tu!"
"Chill, nanti kita pergi pavilion yeh."

Hehehe kesian kawan saye, tak tahan dengan suasana pasar malam. Tak apa next time kita pergi tempat yang tenang dan tak sesak ye...erm mana ye? Oh saye tahu Tanah Perkuburan Islam. Okeh???

Part paling best dan paling mengiurkan, mestilah kepak ayam madu....tapi not as nice as chicken wing kat Seri Serdang la. Sedikit kecewa walaupun makan kepak tu sampai menggigit tulang

Destinasi seterusnya : Final destination eh bukan Putrajaya

Aishh, sesat-sesat nak cari dataran depan masjid tu, macam dah gila lama tak jejak Putrajaya.

Duduk punya duduk, sembang punya sembang, tiba-tiba terlihat aksi American funny home video. Aishh jahat ah kamu gelakkan anak orang jatuh kolam. (sebenarnya bukan kolam, macam longkang jak, tapi taulah putrajaya kan, semuanya indah. Longkang pun consider kolam:))

"Eh laju je budak ni bawak basikal" kata saye sambil tengok budak lelaki umur dalam 5 tahun sedang bawak basikal melalui jambatan kecil kat kolam.

Tiba-tiba, kejadian berlaku dengan pantas gila. Saye pun tak perasan, cuma dengar kawan saye jerit.

"Eh adik!" sambil berlari mendapatkan budak lelaki yang dah tersadai dalam kolam tu. Ada seorang lelaki tak dikenali dan seorang wanita juga tak dikenali turut menghulurkan bantuan. Saye? tergamam.

"Eh, adoi...sakit..." suara budak tu macam sakit je, Ok ke tak ni? (bisikan dalam hati saye je)

Tapi lega bila tengok budak tu boleh berdiri dengan penuh cool. Aishh nasib baik.

"Mak mana dik?" soalan daripada siapa saye pun tak pasti.

"Tadi mak ada kat sana, hujung sekali." petah gila budak ni cakap. Comel lak tu.

Pastu, selamba jak budak tu naik basikal dalam keadaan basah lencun berlalu dari situ.

Ha ambil, nasib baik tak dalam airnya, so budak tu dijamin takkan lemas. Kepada ibu bapa yang rajin bawa anak beriadah, ingat ye, beriadah memang elok tapi kena lah alert sikit dengan keselamatan anak anda. tengok sampai saye pun terbebel-bebel disitu.

Destinasi terakhir : Kolej ke tuuuuttttt (taknak bagitau kamu tempat tinggal saye)

Oppss sudah larut malam, kenalah cepat-cepat balik sebab suami sudah tunggu dirumah. Aiyak, statement miang terkeluar sudah. Sebenarnya kena balik segara untuk mengerjakan tidur. Cepat, cepat, cepat.

Nanti ada masa kita keluar berpoya-poya lagi ye kawan-kawan. ;)

Friday, April 16, 2010

Sudah mahu beralah.

Okey mari kita simpan kisah cinta kita dalam periuk nasi jenama Panasonic, kerana bila dah simpan disitu "orang-orang yang berkenaan" tak sakit hati. Jadi buat masa sekarang takkan ada entry berunsur lucah heeee silap entry berunsur cinta disini. Nanti kita masukkan kisah-kisah teladan atau hikayat Musang Berjanggut Ungu (saje je tambah)

Baikknya hati. Ye hati Farah memang baik, sebab tak suka tengok hati orang lain sedih dan runsing. Ceh puji diri sendiri!!

Eh mana ada puji diri sendiri, ada orang puji saye tau tak. Dia cakap saye pandai masak, tapi masak maggi jak. Dulu saye pernah masakkan beliau maggi tomyam. Dah lama dah pun, 2 tahun lepas, tapi beliau masih teringat keenakkan masakkan segera saye tu. Sampaikan beliau membuat perbandingan yang sungguh hiperbola.


"Maggi kamu sedap sangat. Terasa macam makan lobster."


Alahai, selepas dua tahun kenapa baru sekarang kamu cakap pada saye. Kalau tak, mungkin sekarang saye dah masuk pertandingan ka Cung Kitchen tak pun Iron chef, dan dikenali sebagai chef two ( pengganti chef wan ). Hahaha gerek sungguh statement ini. Masak maggi jak tapi bangga 32 inci.

Mak saye masak apa ye dirumah hari ni? Mesti sedap macam selalu. Eh sekarang mak saye jarang masak, kakak saye yang jadi raja dapur. Kalau kakak saye jadi raja dapur, saye jadi apa? Saye jadi "raja tepi kolam, mahu jemur tepung, datang burung hitam, patuk batang hidung." eh eh ternyanyi pulak. Saye mahu jadi raja drama lah. Macam lagu Hitam feat Jumpa Pakcik Husin atau dalam erti kata sebenarnya Black feat Meet Uncle Husin.

Jam pukul berapa sekarang. (raba-raba dalam gelap cari jam.) Susah-susah je cari jam, tengok jam besar di desktop kamu sudah. Eh dah pukul 3.30pagi lah. Saye mahu tidur.

Thursday, April 15, 2010

Dari kerana kata

Lama saye tak online. Atas alasan apa? Sekarang kan tengah final exam jadi saye tak boleh online dengan kerap.

"Eh macam free je, sekarang budak U ngah sibuk final kan?"
"Tak study ke?"
"Best la ko, selalu je online, mesti dah abes study kan."

Berikut antara komen-komen kawan-kawan yang cemburu dengan saye, yelah masa saye banyak daripada kamu hehehe.

Rileks ye kawan-kawan, Masa saye sama je dengan kamu semua. Kita masing-masing ada 24jam untuk 1 hari. Kalau kamu sibuk saye juga sibuk ( atau menyibuk:) )

Akhir-akhir ni cuaca panas sangat, jarang hujan. Eh blog Farah dah jadi tempat ramalan cuaca ke?? Hehehe saye cuma buat statement manja disitu. Memang cuaca panas lately, Setiap malam tidur sambil mandi@ tidur basah (bukan mimpi basah). Maksudnya tidur dan berpeluh-peluh. Tapi saye tak berani nak merungut sangat, takut nanti dikatakan tak bersyukur pulak.

Panas salah, hujan salah. Dah nama pun manusia kan. Never satisfied with what they had. Sama lah macam orang yang menulis ni. Eh bukan, bukan, samalah dengan jiran mak cik tiri belah atuk sedara kamu. (eh salahkan orang lain pulak). Hehehe saye sedar saye pun selalu tak puas hati dengan apa yang ada. Contohnya, baru je lepas makan BigMac, lepas tu teringin pulak nak makan Big Apple, bila dah lalu depan deretan Big Apple yang menyelerakan tu taknak pulak beli. Terus je jalan tanpa mempedulikan abang yang "kacak ke?" kat kedai tersebut. Lepas tu lepak-lepak depan Reject shop tengo orang lalu lalang. Kalau ada abang-abang yang lalu dan sengih-sengih, terus tarik muka dan berkata dalam hati "what the fish!" ( macam tak releven je contoh ni.)

jadi kesimpulannya marilah kita menjadi insan yang bersyukur. Opss rindunya nak makan "alien" kat big apple. Siapa mahu belanja?

Monday, April 12, 2010

Mimpi moon

Bila bosan tulis blog, bila tulis blog, bosan sebab tak ada idea. Nak taruk gambar banyak-banyakpon xkesempatan lagi. Nantilah.

Malam tadi saye tak boleh tidur. Gara-gara penagan nescafe 3 in 1 la neh. Jahat cik nescafe ni. Tapi ada satu part yang best bila teman sekatil eh bukan, bukan, teman sebilik mengigau. Comel sungguh kamu ni yeh, sampai tidur pun terngigau-ngigau.

"cepat-cepat" selang bebrapa minit "wah dashyatnya"

Saye belum berkesempatan nak tanya dia mimpi apakah dia malam tadi. nantilah ye saye tanyakan. Sekarang saye mahu predict dulu.

Mungkin dia bermimpi dikejar lecturer, eh lecturer pulak, bukanlah, dikejar dinasour yang tak berapa nak ganas. Sebab tu lah dia mengajak mungkin kawan-kawannya berlari cepat-cepat. Setelah beberapa minit berlari, dia menoleh melihat dinasour yang sudah jauh keinggalan di belakang ( hebat ya kamu, Mampu berlari mengalahkan dinasour!!!) dia pun berkata dengan keadaan yang teruja dan kagum "wah dashyatnya".

Macam kisah siti di alam fantasi pulak. Tak pon alice in wonderland.

Hahaha sweet dream!!!!

Friday, April 9, 2010

CINTA MELANKOLIA

"Ko ngan S skunk camne?"

Eh, eh siapa yang tanya saye soalan yang sebegitu. Thanks to Mr Farid make me being in melankolik mood. Hahaha, kenapa kamu nak tahu yeh?

"Dah putus? Sayangnya, dulu macam belangkas."

Komen-komen yang Mr Farid berikan memang buat saye sentap. Saye cuma mampu menjawab.

"Sekarang pun macam belangkas lagi ape....cuma dah tukar status. Bkn Couple tapi kawan je."

Saye jujur. Memang kami masih berkawan baik. Tapi saye sebenarnya tak percaya lelaki dan perempuan boleh menjadi kawan yang sebegitu baik. Sepanjang kami berkawan, cara layanan dia pada saye masih tidak berubah. Panggilan dia untuk saye masih sama (nama panggilan yang manja taw. Kalau saye mention kat sini, kamu vomit pulak) Memang tak ada beza sangat. Dan dia masih mahu mengajak saye pergi kemana-mana bersama.

"Next month nak pergi libur(eh eh dia tak guna perkataan libur, saye je yang tukar) dengan kawan-kawan. Nak ikut?"

Saye tak mahu ikut. Bukan sebab tak mahu, tapi sebab taknak perasaan yang dah layu ni berbunga-bunga pulak (ayat jiwa-jiwa, buat saye gelak je. Hep kamu jangan gelak ok) Tapi jujur, saye mahu mengelakkan diri dari dia. Saye mahu mulakan hidup baru.

"Mintak tolong boleh? Tolonglah jangan cari saye lagi" Saye kata pada dia.

"I'm sowie, I can"t do as u wish." Jawab dia pada saye.

Ewahhh senang je kamu jawab begitu ye. Saye ni apa?? Melukut di tepi gantang ke? (cekak pinggang macam mak marah anak dia)

Malam tadi dia called saye lagi. Macam biasalah waktu normal dia called mesti pukul 3-4 pagi. Saye malas nak layan pada mulanya. Ngantuk wei. Time tu saye baru nak betul-betul lena. Tapi akhirnya kami tetap berborak dengan mesra ( vomit la kalau geli. ) Saye cerita macam-macam benda pada dia. Kebetulan memang macam-macam benda terjadi akhir-akhir ni. Perbualan berlanjutan dengan penuh suka. kami ceritakan hal masing-masing tapi bukan pasal hati atau perasaan. Cuma perbualan normal yang selalu berlaku antara kawan-kawan.

Yess, memang kami berjaya menjadi kawan biasa sekarang. Tapi esok-esok saye memang tak boleh jamin yang saye tak akan terfeeling-feeling pada dia.

Ex-boyfriend will never be your Friend. Saye tahu itu. Saye pernah baca tentang itu.

"The friendship will never last forever. You just make yourself into a bowl of hot soup. "

A ah yeh, memang betul pun. Macam mana kalau Dia dah ada girlfriend lain satu hari nanti, mungkin ke saye boleh berkawan lagi dengan dia. Perempuan tu (GF dia) mesti lah cemburu. Saye mestilah jadi mangsa cemburu. Silap-silap muka saye akan dicakar-cakar dan rambut saye akan ditarik-tarik. Aiyak! takut la.

Jadi, mesti jauhkan diri pada dia la kan. Tapi macam mana???

"Buang semua account kat internet. Myspace, Tagged, Friendster, Facebook, Twitter, E-mail, G-mail..."

"Tukar No telefon."

"Tukar Universiti"

"Pindah rumah"

Amboi melampaunye sampai pindah rumah bagai. Tahap imiginasi memang tinggi sampai saye terbayang saye tinggal diluar negara sebab nak jauhkan diri dari dia. Hahaha Cik Farah ni memang suka mengarut.

Sampai sekarang pun masih tak tahu nak buat apa. Tak payah buat apa-apa lah senang.

Ketupat

Saye suka tidur, sebab bila saye tidur saye akan mimpi yang indah-indah. Betul ni, setakat ni saye jarang mimpi ngeri lagi (dikejar hantu, mengejar hantu, tengok burung hantu) Adalah setahun 2,3 kali saye mimpi benda-benda tak senonoh macam tu. Mungkin kerana saye konsisten untuk mencuci kaki sebelum tidur. Dan paling penting baca doa tidur ya. Kalau tak ingat sila rujuk buku doa-doa harian.

Malam tadi saye mimpi buat ketupat bersama mak, ayah dan adik-beradik. Maksud saye buat ketupat tu memang betul-betul buat ketupat ye, bukan mengumpat atau apa-apa yang sewaktu dengannya.

Memang nice kan dapat mimpi mak kita, ayah kita, adik-beradik kita. Terasa lepas rindu sekejap. Tapi bila bangun pagi tadi ( pagi saye agak lewat berbanding pagi kamu..mungkin) saye terfikir-fikir kenapa saye mimpi buat ketupat. Kenapa ketupat? Kenapa bukan sushi ke, nasi ayam ke,

Jadi saye telah membuat kesimpulan berdasarkan mimpi saye :

1) Mungkin petanda bahawa raya tahun ni, semua ahli keluarga akan berkumpul di Trolak.
2) Mungkin saye atau ahli keluarga saye yang lain teringin nak makan ketupat (erm erm sedapnya makan dengan rendang ayam...yam yam yam)
3) Mungkin ada orang nak masuk meminang saye kot ( jadi kami semua buat ketupat untuk dijamu kepada pihak lelaki..aiceh!!!)

Mimpi cuma mainan tidur. Tapi ada orang kata kalau kita mimpi di satu tempat, maknanya roh kita pergi ketempat tu. Nasib baik roh saye cepat-cepat balik ke tubuh saye, dibuatnya dia stuck kat tempat buat ketupat tu untuk menikmati ketupat buatan Mak Nah ( mak saye shehehee) yang sedap, enak dan lemak tu, mungkin sekarang ni saye masih di atas katil, mengerjakan tidur dengan penuh khusyuk.

Alamak bila dah mimpi pasal ketupat, saye terasa nak dengar lagu dendang perantau pulak. lalala

Thursday, April 8, 2010

C I N T A

Saye kena buat assigment. Tulis journal yang ada kena-mengena pasal cinta sikit-sikit. Tajuknya Love VS infatuation. Saye yang pilih tajuk ni sebab mula-mula saye ingatkan senang cam makan kacang kuda (lembut, leh terus telan. Perut pun tak perlu kerja keras nak hadam) Tapi setelah membuat beberapa perincian ( aiceh, ayat yang sungguh bajet ) barulah saye tahu saye dah tersilap langkah. ( Hahaha terpelecok sudah ). Susah lah. even I can make a defination Of love. After tried hard to find at wiki, yahoo answer, bla bla n bla I still can conclude what is the love.

Cinta tu subjektif kan. Tak ada makna yang tepat. Aishh susah la saye nak buat kerja kalau macam ni.

Cinta pada pandangan saye

- Menyusahkan.
- Membazir kredit
- Membazir air liur
- Membazir air mata
- Membazir masa

Huishh pandangan yang kejam. Semuanya membazir. (Tipulah cik Farah oi. Konon hati kering)

"Berkawan biar beribu, bercinta biar satu"

Tapi takut bila dah bercinta cuma boleh berkawan dengan kawan-kawan sejatina sahaja. Kawan-kawan opposite jantina is not allowed. ( aishh kes cemburu buta)

So kesimpulannya Cinta itu rumit untuk dikoklusikan. Wahai Miss Farrah Basri saye mohon maaf sekiranya journal saye nanti merapu dan meraban. I really have no clue what is love about.

salah erti

Malunya saye hari ni.

"Class ACT 2112 canceled kan??"
"A ah!!!!"

Mendengar je ayat-ayat cinta eh bukan ayat penyata tersebut saye jadi happy gila-gila. Wah wah malam ni boleh overnight sebab esok tak perlu mengerjakan class.

Opss jangan lupa kamu masih ada class tutorial pukul 11 ye...ditempat yang sama dengan class ACT 2112.

Saye dah decide untuk datang awal 10minit class tutorial. Tapi bila saye melangkah je masuk dalam class tutorial tersebut saye terkejut dengan tahap serius ( kalau sakit jantung dah lama mati) OHMAIGOD!!! ni bukan class tutorial sebaliknya class ACT 2112 yang bermula pukul 10 pagi.

Kesimpulannya.

1) Kelas ACT 2112 Tidak dibatalkan.
2) Saye yang konon-kononnya datang awal 10minit untuk kelas tutorial sebenarnya lambat 50minit untuk kelas ACT 2112. ( kelas start pukul 10 tapi saye datang pukul
10.50)
3) Malunya bila Dr Hasri menegur "awak pelajar baru ke?" Soalan yang tak relevan untuk ditanya di akhir semester.
4) Hampir semua orang di dalam kelas ketawa dengan penuh suka bila mendengar soalan/perlian Dr Hasri.

Wednesday, April 7, 2010

cinta itu buta

Alah dia dah Offline. Hep hep Farah adakah kamu sudah jatuh cinta? Erm jatuh cinta pandang pertama? Tidak-tidak, sabab kali pertama saye tengok dia adalah hasil karyanya bukan rupa parasnya..Hahaha. Suka mahu berfacebook pun sebab suka bermesej2 dengan dia. Sebenarnya ini bukan cinta ya. Saye sangat yakin ni. Ini cuma sekadar suka ( suka-suka nak suka sebab bosan!! Paham?? )

Dia rakan baru saye. Mungkin akan jadi BFF satu hari nanti. Eh lihat betul-betul disitu, BFF!! So saye cuma akan suka kamu sekadar BFF je. ( aiceh macam lah dia baca entry kamu)

Dia saye dah letakkan di sudut kiri hati saye. Kecil je ruangnya. Biar dia disitu. Dan saye akan pastikan dia tak akan tahu saye sudah mula berfeeling pada dia. Eh eh, patut bagitau ke?? Tak perlu lah. Saye pasti ini cuma infatuation yang bersifat sementara.

Infatuation VS love....

Demi Masa

Buang masa lagi. Eh bukan la. Ini cara saye memanfaatkan waktu. Betul ni tak tipu.

Chatting dengan seorang rakan.Kami borak macam-macam cerita. Kalau kena pasang soundtrack, lagu yang sesuai "cerita kedai kopi" Amboi bahagia betul dia sekarang. Ramai kekasih lama dan baru datang dalam hidupnya. Wow bunyi macam best. Tapi bila fikir-fikir balik best ke. Walau apa pun saye tetap doakan kamu bahagia ye.

Saye sekarang ni bahagia ke?? (angguk2x) Hahaha masa saye berfoya-foya sudah times up! Sekarang masa saye untuk bermanja bersama buku-buku text (lihat disitu saye menaip BUKU-BUKU. Bermakna buku yang banyak) Bermesra bersama kertas-kertas nota (KERTAS-KERTAS ya!) dan Dating sampai lewat malam bersama rakan-rakan yang sama rajin dengan saye. (Kami study diminit terakhir)

Final exam is just around the corner.

Note..check!
Tips from lecturer..check!
Submit all assigment..check!
Nescafe 3 in 1...err saye akan tengok stock mai dulu. "Mai banyak lagikah stock kamu??? Saye mahu beli....

~

Makan jom!!!

Alhamdulillah...Pertama sebab saye mampu mengupdate blog malam ini dengan keadaan yang serba kekurangan. kenapa??? Wireless sangat rapuh, Thanks to yana for her broadband;) Kedua sebab saye kenyang sudah. Dapat makan berjemaah bersama-sama roomate. Makan beramai-ramai itu indah. Sebab bila makanan kamu sudah habis, kamu boleh menjamah makanan kawan kamu pula. Itupun kalau tak malu la..

Yana : Dah lame tak makan sate.

Saye : Jom g kajang. (seterusnya perbualan tentang sate pun bermula. Sate itu la, sate ini la. Perbualan panjang yang amat so tak sesuai nak ditaip di sini.)

Saye : Lapar la, diorang katne eh. Nanti suruh singgah cafe, belikan burger. (Bukan BigMac tapi Burger kat kiosk western kat cafe serumpun. Sedap dimakan ketika perut lapar tahap dewa)

Yana : Jap2 aku massage.


Hehehe asalnya cuma nak makan burger tak berapa nak ada class. Finally terOrder BigMac;) and the other finally dapat Snack Plate je...khas daripada KFC. Jadilah... Orang kata kalau nak nampak cool makan la fastfood. Hahaha.


Saye : Nak air3x ( ulang banyak2 kali, konon2 manja)

Saye : Eh, pepsi?????

Mai : Ko tak minum Pepsi ke?

Saye : Tak, nanti jadi hitam....wink wink


Mesti dalam hati mereka mengatakan saye ni poyo. Hahaha, jujur ni kawan-kawan saye tak begitu menyukai pepsi, coke, diet pepsi dan seangkatan dengannya ( air berwarna hitam). Bukan takut jadi hitam sebenarnya, saye tak ada sebab yang kukuh pun. Dah semulajadi tak suka, nak buat camne kan. Tapi kalau ada sesiapa yang mahu belanja saye, saye tak kisah. Saye tetap akan minum dengan suka.

Jadi ada sesiapa nak ajak saye bersuka-ria di kedai makan?? Farah ni memang suka makan kalau dibelanja. Oh apa kata kita makan ABC...Saye sangat suka!

Tuesday, April 6, 2010

Nawaitu

Hari ni class dibatalkan. Apa??? Diulangi sekali lagi ye CLASS DIBATALKAN!!!!. Ye sampai hati Dr Hasri tak mention awal-awal class batal, kalau tak tak ada lah saye bangun pagi-pagi mengerjakan class. Mengorbankan tidur. Haishhhh.. Membuang masa mencoret warna-warna dimuka. Nasib baik hari ni saye tak bersusah payah mengIron baju sebab t shirt ni tak perlu digosok-gosok, dibelai dan dimanja. Dia semula jadi tahan lasak dan dijamin tidak komot. Hahaha saye sayang kamu wahai encek t shirt.

Jadi agak-agaknya, apa yang gadis bertudung putih ini sedang buat ya?? ( gadis bertudung putih refer kepada saye:) ) Oh mestilah saye menghabiskan masa berfoya-foya di MUKA BUKU. BerCHIT CHAT dengan kawan-kawan lama, baru dan future BFF. Haishhh saye streskan disini ye BFF bukan BF. Oh bukankah saye sepatutnya sedang mengerjakan JOURNAL BBI 2412... Err memang itu tujuan asal saye, dan sekarang mungkin niat saye sudah dilencongkan oleh MR SET-TAN. Nawaitu memang penting. Jadi mari kita bernawaitu.

Nawaitu Udu'a.....Eh bukan-bukan. Sahaja aku datang ke kuliah untuk mencari Ilmu Kerana Allah Ta'ala. Betulkah niat saye...Betul3x

Jadi mari mengerjakan niat anda....Eh nak tanya, Kalau berfacebook tu dapat ilmu ke???
Oppsss saye tak tahu, mungkin akan dapat kot ;)

Monday, April 5, 2010

entry mengarut je.....tak payah baca ok

Agak lama tak update,sibukkah saye?? Ye jawapannya memang saye sibuk. Tapi saye sempat juga bertemu si DIA. Berjumpa buat kali terakhir. Meluahkan emosi masing-masing. Yarghhh Farah, please jangan mula berjiwa ni sini ya. Ok saye pun tak mahu berjiwa karat di sini. Cuma saye mahu ber emo2 manja. Hahaha, apa-apa pun saye tetap seperti biasa.

"alah, it just a love, for sure u'll find another love, with a man suit U"
"Ya...But It will never be the same."
"It will never be the same...Never. Hopefully it will be better."

Hahaha itu cuma selingan je...kata-kata yang bermain dalam hati. Hati saye hebat boleh meluahkan rasa sesedap rasa. Opss saye dah mula merapu yang bukan-bukan. Sebelum saye mula mencarut sopan disini ada baiknya saye make a move..Tatata