Wednesday, March 31, 2010

Pain Of Love

Tunggu I kat tempat biasa.

p/s : pakai high heels yang I belikan ok.

“Hai, senyum sorang-sorang nampak.” Sergah Kak Fida dari belakang. Aku yang sedang leka membaca SMS benar-benar terkejut.

“Kak fida ni, tolong ye lain kali bagi salam. Kalau Nina ada sakit jantung dah lama past away tau.” Rungutku kepada Kak Fida.

“Akak bukan apa, kamu tu, dari tadi sengih-sengih macam kerang busuk. Takut ada masalah mental, so akak tegurlah.” Penjelasan Kak Fida membuatkan aku ketawa. Masakan aku dianggap gila pula.

“Dah lah, malas nak layan akak ni. Nina nak balik. Petang ni nak dating.” Aku mula mengemas mejaku. Aku mahu segera pulang.

“Yelah kan, orang ada boyfriend…” Kata-kata Kak Fida tidak berbekas di hati ku. Hatiku berbunga-bunga mahu bertemu Haziq malam ini.

……………………………………………………………………

Aku menunggu Haziq dengan penuh sabar. Dadaku berdebar-debar seolah-olah ini adalah pertemuan pertama kami. Sebenarnya aku begitu merindui Haziq. Sudah dua bulan kami tidak berjumpa. Tugasnya sebagai jurutera kapal menyebabkan dia sering keluar negara dan meninggalkanku sendiri.

Setelah dua jam menunggu, aku mula resah. Haziq tidak pernah membiarkan aku menunggunya begitu lama. Berkali-kali aku mendail talefon bimbitnya, namun talian tidak dijawab. Hatiku mula gundah. Pelbagai perkara buruk terlintas difikiranku. Tiba-tiba talefon bimbitku berdering, aku lantas menjawab mengharapkan panggilan tersebut daripada orang yang kutunggu.

“Hello Nina, ni aunty Mas, Haziq kemalangan, cepat datang ke Hospital!”. Talefon bimbitku terlepas dari genggaman.

……………………………………………………………………………….

Aku menggengam erat tangan Haziq. Sudah tiga hari dia tidak sedarkan diri. Sayu sungguh melihat badannya yang berselirat wayar. Kaki kanan Haziq patah sementara kepalanya mengalami kecederaan yang agak serius.

“U bila nak balik ni, dah tak sabar nak makan cheese cake ni.”

“Hehe Ok. Tapi kalau keluar dengan I jangan pakai t-shirt dengan sneakers tau. Wear blaus and high heels.”

“Kalau I tak mahu pakai, U tak sayang I eh?”

“I love U what U are, tapi apa salahnya U pakai cantik-cantik sekali-sekala untuk I.”

Perbualan tersebut seolah-olah baru berlaku semalam. Masih terlalu jelas dipendengaranku suara romantis Haziq. Mataku semakin kabur dengan air mata.

“Sayang bangunlah. I tak sanggup kehilangan U.” aku terasa semakin tidak berdaya.

“Nina, bangun sayang.” Tiba-tiba terasa bahuku ditepuk perlahan. Aku membuka mata, terasa perit mungkin kerana terlalu benyak menangis.

“Nina baliklah. Dah berapa hari Nina kat sini. Makanan pun Nina tak usik.” Sayu suara Aunty Mas seakan menusuk ke kalbuku. Matanya merah, aku tahu dia juga meratapi nasib anak tunggalnya ini.

“Nina tak nak tinggalkan Haziq aunty.” Perlahan suaraku. Entah dapat didengari atau tidak.

Aunty Mas tetap memujukku supaya pulang ke rumah. Dengan hati yang berat aku turutkan katanya.

“Haziq cepatlah sedar, I tak cukup kuat untuk hidup tanpa U.” bisikku sebelum keluar meninggalkan tubuh kaku itu.

………………………………………………………………………

“Dah siap. Silakan makan Cik Nina.” Aku ketawa melihat Haziq berpura-pura seperti seorang pelayan restoren.

“Betul ke U yang masak ni?” Aku meneliti setiap makanan yang dihidang oleh Haziq. Udang galah goreng, sayur kalian ikan masin dan sup ayam. Memang begitu menyelerakan.

“Betul lah. Kan I dah cakap untuk U, apa pun I sanggup buat.” Haziq menanggalkan apron yang dipakainya lantas menarik kerusi dan duduk disebelahku. Dia menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan meletakkan dihadapanku.

“Sayang betul I tak dapat tengok U masak. Ni benda ajaib ke lapan dalam dunia ni.” Haziq tersenyum mendengar kata-kataku. Berbanding denganku, dia agak pandiam. Lebih banyak mendengar daripada bercakap.

“Esok U dah nak pergi.” Keluhku perlahan. Redup mata Haziq merenungku.

“I pergi tak lama kali ni. Dua bulan je. U tunggu I ye sayang.” Kata-katanya bagaikan air mencurah dihatiku.

…………………………………………………………………………….

Aku menatap gambar-gambar aku dan Haziq yang diambil semasa makan malam terakhir kami. Haziq tetap kacak pada pandanganku walaupun ketika itu dia memakai apron Hello Kitty. Makan malam yang disediakan sendiri olehnya. Ya, dia sanggup turun ke dapur demiku, malah sanggup melakukan apa saja demiku. Air mataku merembes lagi. Biarlah aku sudah tidak mampu untuk mengesatnya.

Aku tidak sedar entah bila aku terlena. Aku cuma tersedar apabila aku menerima pasanan ringkas daripada Kak Fida mengatakan Encik Farid telah meluluskan cutiku. Aku bergegas menunaikan solat subuh dan memohon supaya Allah menyelamatkan Haziq daripada malapetaka.

“Nina sihat?” soalan pertama daripada Aunty Mas bila melihatku. Aku angguk perlahan. Biarlah kesihatanku tidak penting. Haziq adalah segalanya kini.

“Haziq dah sedar subuh tadi.” Aku tidak mampu berkata apa-apa. Cuma air mata ku yang mengalir mewakili perasaan gembiraku. Aunty Mas mengangguk perlahan memberikanku kepastian.

“Tapi sekejap je. Dia tak cakap apa-apa pun. Sekarang ni dia dah tidur. Nina tunggulah, sekejap lagi mesti dia bangun.” Ada getar dihujung suara Aunty Mas.

Aku setia menanti Haziq sedar dari lenanya. Aku renung penuh kasih wajah itu.

“Nina, can u stop sulking.” Haziq cuba memujukku. Ketika itu aku terasa hati apabila dia tanpa sengaja terlupa tentang hari jadiku.

“No I am not.” Aku merentap tanganku yang cuba diraih oleh Haziq.

“I tahu I salah. I Cuma lewat sehari je kan. But I still wishing Happy Birthday to you.” Haziq sekali lagi cuba meraih tanganku. Kali ini aku cuma membiarkan saja.

“Dah lah jarang dapat jumpa. Ni first time U cuti masa birthday I. Sampai hati U lupa.” Mataku mula berkaca.

Haziq Nampak begitu serba salah. Tiba-tiba dia mengucup tanganku. Aku sendiri terkejut dengan perbuatannya.

“I mintak maaf. Sayang tolonglah jangan menangis. I tak sanggup buat u menangis.” Suaranya perlahan hampir saja aku tidak mendengar. Aku benar-benar terharu. Sedaya-upaya aku cuba menahan air mataku daripada mengalir.

“Nina Alisya, izinkan I menjaga U seumur hidup I. Tolong jangan menangis lagi. I akan sedih kalau U sedih.”

…………………………………………………………………………..

Haziq membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya aku ketika itu.

“Haziq, U dah bangun ye…” aku tidak tahu apa yang patut diucapkan. Haziq kelihatan bingung. Matanya meliar memandang kekiri dan kanan.

“Haziq.” Aku mula khuatir apabila Haziq tidak member respon yang diharapkan. Dia seakan tidak mengenaliku. Reaksinya seperti seorang kanak-kanak yang kehilangan ibunya.

“Doktor!” Jeritku. Aku tidak tahu apa yang harus kau lakukan. Beberapa orang jururawat masuk ke wad bersama seorang doktor. Haziq meronta-ronta dan enggan membiarkan dirinya diperiksa oleh doctor tersebut.

“Ya Allah.” Aku menekup mulutku menahan esakkan. Apa lagi dugaan-Mu. Haziq meronta dan meraung. Aku tidak dapat menagkap patah-patah perkataan yang diucapkan.

………………………………………………………………………………..

“Cik Nina, Encik Haziq mengalami gegaran yang agak kuat dikepalanya. Ingatannya akan hilang buat masa ini.” Penjelasan Doktor Hasyim bagai kilat menyambar .

“Buat masa ini, Encik Haziq tidak dapat mengingati masa lalunya. Dia juga mengalami trauma yang serius. “

“Dia akan pulih ke doc?” pertanyaan itu disulami dengan penuh harapan.

“Harapan tipis, tetapi masih boleh berdoa semoga ada keajaiban, dan mungkin akan mengambil masa yang lama.” Aku bagaikan orang yang kalah di garisan permulaan. Lelaki yang kuharapkan akan menjagaku seumur hidupnya kini langsung tidak mengenaliku. Pada siapa kini harapanku patut disandarkan.

…………………………………………………………………………………

“Cuba U rasa ni.” Haziq meraih tanganku dan meletakkan di dadanya. Benar-banar dekat dengan jantungnya. Aku bagai terasa setiap denyut nafasnya.

“Selagi Haziq Aidil bernafas, dia tak akan mensia-siakan Nina Alisya. Wanita ini terlalu berharga untuknya.”

Kenangan, aku akan terus hidup dalam kenangan. Mampukah aku membina hidup baru? Buat kesekian kalinya air mata ini mengalir lagi.

1 comment:

MYZATUL AKMA said...

sy ske crpen nie...rmantik n mnyedihkn...love is so beautiful but sometimes we had to face with pain...