Wednesday, March 31, 2010

go go green




Pain Of Love

Tunggu I kat tempat biasa.

p/s : pakai high heels yang I belikan ok.

“Hai, senyum sorang-sorang nampak.” Sergah Kak Fida dari belakang. Aku yang sedang leka membaca SMS benar-benar terkejut.

“Kak fida ni, tolong ye lain kali bagi salam. Kalau Nina ada sakit jantung dah lama past away tau.” Rungutku kepada Kak Fida.

“Akak bukan apa, kamu tu, dari tadi sengih-sengih macam kerang busuk. Takut ada masalah mental, so akak tegurlah.” Penjelasan Kak Fida membuatkan aku ketawa. Masakan aku dianggap gila pula.

“Dah lah, malas nak layan akak ni. Nina nak balik. Petang ni nak dating.” Aku mula mengemas mejaku. Aku mahu segera pulang.

“Yelah kan, orang ada boyfriend…” Kata-kata Kak Fida tidak berbekas di hati ku. Hatiku berbunga-bunga mahu bertemu Haziq malam ini.

……………………………………………………………………

Aku menunggu Haziq dengan penuh sabar. Dadaku berdebar-debar seolah-olah ini adalah pertemuan pertama kami. Sebenarnya aku begitu merindui Haziq. Sudah dua bulan kami tidak berjumpa. Tugasnya sebagai jurutera kapal menyebabkan dia sering keluar negara dan meninggalkanku sendiri.

Setelah dua jam menunggu, aku mula resah. Haziq tidak pernah membiarkan aku menunggunya begitu lama. Berkali-kali aku mendail talefon bimbitnya, namun talian tidak dijawab. Hatiku mula gundah. Pelbagai perkara buruk terlintas difikiranku. Tiba-tiba talefon bimbitku berdering, aku lantas menjawab mengharapkan panggilan tersebut daripada orang yang kutunggu.

“Hello Nina, ni aunty Mas, Haziq kemalangan, cepat datang ke Hospital!”. Talefon bimbitku terlepas dari genggaman.

……………………………………………………………………………….

Aku menggengam erat tangan Haziq. Sudah tiga hari dia tidak sedarkan diri. Sayu sungguh melihat badannya yang berselirat wayar. Kaki kanan Haziq patah sementara kepalanya mengalami kecederaan yang agak serius.

“U bila nak balik ni, dah tak sabar nak makan cheese cake ni.”

“Hehe Ok. Tapi kalau keluar dengan I jangan pakai t-shirt dengan sneakers tau. Wear blaus and high heels.”

“Kalau I tak mahu pakai, U tak sayang I eh?”

“I love U what U are, tapi apa salahnya U pakai cantik-cantik sekali-sekala untuk I.”

Perbualan tersebut seolah-olah baru berlaku semalam. Masih terlalu jelas dipendengaranku suara romantis Haziq. Mataku semakin kabur dengan air mata.

“Sayang bangunlah. I tak sanggup kehilangan U.” aku terasa semakin tidak berdaya.

“Nina, bangun sayang.” Tiba-tiba terasa bahuku ditepuk perlahan. Aku membuka mata, terasa perit mungkin kerana terlalu benyak menangis.

“Nina baliklah. Dah berapa hari Nina kat sini. Makanan pun Nina tak usik.” Sayu suara Aunty Mas seakan menusuk ke kalbuku. Matanya merah, aku tahu dia juga meratapi nasib anak tunggalnya ini.

“Nina tak nak tinggalkan Haziq aunty.” Perlahan suaraku. Entah dapat didengari atau tidak.

Aunty Mas tetap memujukku supaya pulang ke rumah. Dengan hati yang berat aku turutkan katanya.

“Haziq cepatlah sedar, I tak cukup kuat untuk hidup tanpa U.” bisikku sebelum keluar meninggalkan tubuh kaku itu.

………………………………………………………………………

“Dah siap. Silakan makan Cik Nina.” Aku ketawa melihat Haziq berpura-pura seperti seorang pelayan restoren.

“Betul ke U yang masak ni?” Aku meneliti setiap makanan yang dihidang oleh Haziq. Udang galah goreng, sayur kalian ikan masin dan sup ayam. Memang begitu menyelerakan.

“Betul lah. Kan I dah cakap untuk U, apa pun I sanggup buat.” Haziq menanggalkan apron yang dipakainya lantas menarik kerusi dan duduk disebelahku. Dia menyendukkan nasi ke dalam pinggan dan meletakkan dihadapanku.

“Sayang betul I tak dapat tengok U masak. Ni benda ajaib ke lapan dalam dunia ni.” Haziq tersenyum mendengar kata-kataku. Berbanding denganku, dia agak pandiam. Lebih banyak mendengar daripada bercakap.

“Esok U dah nak pergi.” Keluhku perlahan. Redup mata Haziq merenungku.

“I pergi tak lama kali ni. Dua bulan je. U tunggu I ye sayang.” Kata-katanya bagaikan air mencurah dihatiku.

…………………………………………………………………………….

Aku menatap gambar-gambar aku dan Haziq yang diambil semasa makan malam terakhir kami. Haziq tetap kacak pada pandanganku walaupun ketika itu dia memakai apron Hello Kitty. Makan malam yang disediakan sendiri olehnya. Ya, dia sanggup turun ke dapur demiku, malah sanggup melakukan apa saja demiku. Air mataku merembes lagi. Biarlah aku sudah tidak mampu untuk mengesatnya.

Aku tidak sedar entah bila aku terlena. Aku cuma tersedar apabila aku menerima pasanan ringkas daripada Kak Fida mengatakan Encik Farid telah meluluskan cutiku. Aku bergegas menunaikan solat subuh dan memohon supaya Allah menyelamatkan Haziq daripada malapetaka.

“Nina sihat?” soalan pertama daripada Aunty Mas bila melihatku. Aku angguk perlahan. Biarlah kesihatanku tidak penting. Haziq adalah segalanya kini.

“Haziq dah sedar subuh tadi.” Aku tidak mampu berkata apa-apa. Cuma air mata ku yang mengalir mewakili perasaan gembiraku. Aunty Mas mengangguk perlahan memberikanku kepastian.

“Tapi sekejap je. Dia tak cakap apa-apa pun. Sekarang ni dia dah tidur. Nina tunggulah, sekejap lagi mesti dia bangun.” Ada getar dihujung suara Aunty Mas.

Aku setia menanti Haziq sedar dari lenanya. Aku renung penuh kasih wajah itu.

“Nina, can u stop sulking.” Haziq cuba memujukku. Ketika itu aku terasa hati apabila dia tanpa sengaja terlupa tentang hari jadiku.

“No I am not.” Aku merentap tanganku yang cuba diraih oleh Haziq.

“I tahu I salah. I Cuma lewat sehari je kan. But I still wishing Happy Birthday to you.” Haziq sekali lagi cuba meraih tanganku. Kali ini aku cuma membiarkan saja.

“Dah lah jarang dapat jumpa. Ni first time U cuti masa birthday I. Sampai hati U lupa.” Mataku mula berkaca.

Haziq Nampak begitu serba salah. Tiba-tiba dia mengucup tanganku. Aku sendiri terkejut dengan perbuatannya.

“I mintak maaf. Sayang tolonglah jangan menangis. I tak sanggup buat u menangis.” Suaranya perlahan hampir saja aku tidak mendengar. Aku benar-benar terharu. Sedaya-upaya aku cuba menahan air mataku daripada mengalir.

“Nina Alisya, izinkan I menjaga U seumur hidup I. Tolong jangan menangis lagi. I akan sedih kalau U sedih.”

…………………………………………………………………………..

Haziq membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya aku ketika itu.

“Haziq, U dah bangun ye…” aku tidak tahu apa yang patut diucapkan. Haziq kelihatan bingung. Matanya meliar memandang kekiri dan kanan.

“Haziq.” Aku mula khuatir apabila Haziq tidak member respon yang diharapkan. Dia seakan tidak mengenaliku. Reaksinya seperti seorang kanak-kanak yang kehilangan ibunya.

“Doktor!” Jeritku. Aku tidak tahu apa yang harus kau lakukan. Beberapa orang jururawat masuk ke wad bersama seorang doktor. Haziq meronta-ronta dan enggan membiarkan dirinya diperiksa oleh doctor tersebut.

“Ya Allah.” Aku menekup mulutku menahan esakkan. Apa lagi dugaan-Mu. Haziq meronta dan meraung. Aku tidak dapat menagkap patah-patah perkataan yang diucapkan.

………………………………………………………………………………..

“Cik Nina, Encik Haziq mengalami gegaran yang agak kuat dikepalanya. Ingatannya akan hilang buat masa ini.” Penjelasan Doktor Hasyim bagai kilat menyambar .

“Buat masa ini, Encik Haziq tidak dapat mengingati masa lalunya. Dia juga mengalami trauma yang serius. “

“Dia akan pulih ke doc?” pertanyaan itu disulami dengan penuh harapan.

“Harapan tipis, tetapi masih boleh berdoa semoga ada keajaiban, dan mungkin akan mengambil masa yang lama.” Aku bagaikan orang yang kalah di garisan permulaan. Lelaki yang kuharapkan akan menjagaku seumur hidupnya kini langsung tidak mengenaliku. Pada siapa kini harapanku patut disandarkan.

…………………………………………………………………………………

“Cuba U rasa ni.” Haziq meraih tanganku dan meletakkan di dadanya. Benar-banar dekat dengan jantungnya. Aku bagai terasa setiap denyut nafasnya.

“Selagi Haziq Aidil bernafas, dia tak akan mensia-siakan Nina Alisya. Wanita ini terlalu berharga untuknya.”

Kenangan, aku akan terus hidup dalam kenangan. Mampukah aku membina hidup baru? Buat kesekian kalinya air mata ini mengalir lagi.

Tuesday, March 30, 2010

romeo, plizz save me

my love story was the end........I stop hopping, but I still remembering.......



I always want to start a new life, forget about the pass, enjoy what eva I had in present. But I always can't. I wonder why,
Is he my true love????
But we lose each other......
So what is love actually....
Like laila and majnun
romeo and juliet.......
see, love is full of pain....
and it does not worth it..............






Monday, March 29, 2010

apa itu avatar????

Semalam

Hati kata - tidur yok, ngantuk ni....
Otak kata - Jangan, baik kamu siapkan journal kamu. Banyak dow..
Hati kata - Alah, kalau mengantuk bukan leh fokus pon. Nanti takde kualiti la.
Otak kata - No komen. Lu pikir la sendiri.

Kawan kata - Wah banyak movie best.

Fara kata - Nanti lah buat assigment, tengok movie dulu...yes!

Semalam saye pilih beberapa movie untuk ditonton. Hahaha pengubat bosan. Memang bosan semalam, asalnya nak pergi book fair kat pwtc, tapi cancel. Guess what, I'm watching Avatar again. Sorry A dulu hampir nak tonton bersama kamu di times squre, malangnya tiket habis. "Dah lama movie ni main, baru sekarang kamu nak tengok?" Yeee saye memang ketinggalan zaman sebab baru sekarang nak tengok avatar. Tapi saye ada beberapa alasan kenapa saye terlewat menonton movie yang superb ni.
  1. Mase mula-mula keluar kat cinema, tiket asyik habis je.

  2. Saye bukanlah peminat science fiksyen yang tegar. I love love story.

  3. Assigment yang banyak buatkan hujung minggu jadi sibuk. Oh ya exam saye pun dijalankan pada hujung minggu juga ye.





I would never comment about this movie, cuz I'm believe there are a lot of review have done before. Tapi saye betul-betul kagum bila banyak scene-scene yang canteeeq


Kalau planet mereka dekat, saye akan ke sana untuk buat photoshot...heeeeeee


Friday, March 26, 2010

Mari membuang bola

Esok...
  1. Kena bangun awal
  2. Pagi-pagi tinggu bus
  3. Pergi The really old place - South City Plaza
  4. Kena buat-buat busy
  5. Kena jaga Lane
  6. Kena jadi kuli "kak lane 5 stuck la, pin tak keluar"
  7. Silap-silap kena tolong angkut ball. Haihsss berat looo

Sebab

Esok kami akan menganjurkan bowling tournament. Entah macam mane ye. Dengan penyertaan yang belum mencapai target ni buat saye rasa bimbang. Semoga segalanya bejalan lancar.

Hati dah pecah

Dia insan pertama yang bertahta
Dia insan pertama yang ku cinta
Dia pernah membuat ku bahagia
Dia yang mengajarku
Tentang erti rindu
Dia yang dulu pernah ku sanjungi
Pergi seingga kini tak bergant
iHilang dari pandangan hidup ini
Membawa luka pedih tak terperi

~ Ye saye pasrah je huhuhu. Saye dah boleh terima semua ni. So tak lah sedih sangat. Just drop a lil bit of tear, lepas tu saye OK

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh

tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

~ Aishh, lagu dodoi dia untuk saye hahaha. Tapi dulu la. Sekarang tak lagi. Saye lebih rela dengar nyanyian Ramli Sarip. Itu buatkan saye lebih lena...wooooo

Bila kita dalam salam perpisahan
Namun aku tetap bersamamu
Ku rasa bagai satu sentuhan
Dalam mimpi ku terbayang wajahmu
Dalam dirimu penuh kelembutan
Semakin hari namun semakin rindu
Tapak tanganmu akan ku genggam
Akan ku sentuh ketika sayu
Untukmu akan ku semaikan
Cinta yang sejati tiada bandingan
Dalam kerinduan ku sendiri
Dalam kesyahduan kita hadapi
Warisan wanita terakhir
Jiwa raga ku serah
Kau ingin milik segalanya
Di mana kasihmu tiada kau memberi
Apa yang ku perlu
hanya kau dapat memberi
Hanya satu yang ku pinta kasih
Kau warisan wanita yang terakhir

~ This is his favourite song. He was dedicated this to me. Dulu terfikir gak kenapa? Mungkin dia fikir saye ni wanita melayu terakhir kot. So match dengan tajuk lagu ni, "warisan wanita terakhir" lalala

Pernah ada
Rasa cinta
Antara kita
kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan
Semua tentang dirimu
namun tak lagi
kau seperti dirimu
oh bintangku..
Jauh kau pergi
Meninggalkan diriku
Disini aku
merindui dirimu
Ingin ku cuba
Mencari penggantimu
namun tak lagi
kan seperti dirimu
oh bintangku.

~ Hmm lagu ni, lot of memories, terlalu banyak dalam 8gb kot. Hehehe sebab saye dan dia sama-sama suka lagu ni. Haishhh...tapi bukan nyanyian salim tau, saye suka nyanyian caremel band.

Ingin ku sendiri mniti hari
Kala sunyi
Yang melanda sepi
Alam bisu
Bagaikan mengerti
Berakhirnya sebuah memori
Ingin ku melangkah
Membawa diri
Kerna cintaYang dikhianati
Luka rasa untuk menghadapi
Pengorbanan tidak dihargai
KINI AKU... PASRAH
DENGAN SEGALANYA
KEPEDIHAN ITU
MASIH TERASA
APAKAH SALAHKU
APAKAH DOSAKU
TUHAN BERILAHKU PETUNJUKMU
REDHA DENGAN KEHENDAKMU
CUKUP KALI INI
KAU MENYAKITI
BERULANGKALI
TAK USAHLAH KEMBALI
DENGAN RELA HATI
MELEPAS KAU PERGI...

~ So what to do??? Pasrah jela kan...

Thursday, March 25, 2010

si labu tukang masak....

Uwaa, saye dah mengantuk ni, tapi still kena siapkan beberapa prop untuk mini sketsa saye. Wonderful MGM 3180, make us return to our chilhood moment. Just wait till I can transform to a lecturer, I'll ask my student to do something more and more ridiculous assigment. Masa tu mesti mereka dan mereka akan faham perasaan saye.

Okke, sekarang kita berada di segmen Origami bersama kak fara. Adik-adik suka tak main masak-masak? Ha, kalau suka jom kita buat topi chef sama-sama. Bahan-bahannya senang je nak cari. Adik=adik boleh mendapat barang-barang ni di speed mart, 7eleven ataupun kedai runcit Ah Chin.






Bila dah siap adik-adik boleh la menggayakan topi chef adik-adik sesuka hati dan pura-pura jadi hot. Sangat sesuai dipakai ketika menonton drama Hotel Mania di TV3.
SEKIAN TERIMAS........

Wednesday, March 24, 2010

S A K U R A

Bila mata saye dah mula tak kenal katil, Haishhh runsingnya saye sekarang ni. Terasa macam banyak beban dalam otak. Ini salah satu cara saye hilangkan stress. Hehehe





Jom pergi Jepun. Destinasi pelancongan idaman saye.
Encik Air Asia silalah bawa saye terbang ke sana. Teringin sangat ni.~

Tuesday, March 23, 2010

hobi baru






I'll more and more after this. To yyna anas sila ajar saye ye . Heeeee

Monday, March 22, 2010

Tidoq la wei

All of them are buzy to register course for next sem, me as well. Next sem I've got more tough subject and very pack schedule. Not feeling anything cuz I predicted bout it already.

What about me? I felt myself is so strange. I'm so not me today. Mungkinkah sebab tak cukup tidur . Hahaha ye la tu. Dah tidur 6 jam pun still tak cukup bagi saye. But siyesly, last night I just sleep for only 4 hours and night before only for half an hours. How poor me. And tonight for sure I'll cover that by sleep for 8 hours. Hopefully I can't make it.

Sleep is nice. Indah lagi kalau saye dapat mimpi yang manis. Sweet dream! There's a lot of disadvantages if we get lack of sleep and the obvious problem is


dare to sleep in class while ur so-called "berwibawa" lecture was giving u a very very important tips.


So what should I conclude here, of cuz sleep is important. And u, people around me, please don't asked why I always lying lazily on my bed, hugging my bucuk pillow. Its not my intention to do so. I just want to have enough sleep.








Sunday, March 21, 2010

R O O M A T E

My roomate & me, Hmmm ni semua model wannabe ni, except me la hahaha. Saye tak cukup ketinggian la. Well thanks to yaya, superb pengedit untuk picture ni. Ada bakat terpendam.
Mungkin satu hari nanti baru yaya nak expose bakat dia.


Saturday, March 20, 2010

Hari Sabtu

Today I just want to start a new life. With thousand hope. With new spirit.



Just want to forget about love


And really want to forget about him




So I need some strenght, to lite my own life. I know it's difficult at first, however I'll figure out how to go through all this.


And I'll keep a very broad smile even my heart was broken.


Friday, March 19, 2010

mata hati jiwa

"Bila malam bulan mengambang"






Saye masih xboleh melelapkan mata, bukan sebab masalah ansomia. Cuma assigment yang terlalu banyak perlu disiapkan.






"Sabarlah mata, sekejap je lagi kau boleh switch off." kata hidung kepada mata.


"Yeee laaaa..." kata mata dalam keadaan separuh sedar.


"Aku ni lagi penat mak encik kita dah tidur pun aku xleh berhenti bekerja. Tetap kena bernafas. Kalau tak kiok la mak encik kita." kata hidung lagi.


"Ye la cik hidung, tapi jangan lah asyik berair je. Susah mak encik nak buat assigment."


"Terkena jangkitan Flu la" kata hidung sambil tersipu-sipu.





Bulan mengambang, tetapi ditutupi awan kelabu. Mata saye pun jadi kelabu gak. Refresh please........

m y H E A R T


My heart is broken, its become into small pieces.

"Doc, can U make something?"
"Ur heart can be ok soon. Let time heal it."
"Thanks Doc, even u're not really helping me."
"Btw, take this "Gam Gajah"
"What? Untuk apa?"
"Mana tahu kamu boleh gamkan keping-keping hati kamu."
"Yeah, U rite."

am I invisible gurl...


sometime I can feel that's maybe me.

Balik dari bercuti ramai kawan-kawan sekelas yang tegur.

"Farah, long time no see"
"Lame tak nampak"
"Best ke cuti panjang?"

At least I know I'm not invisible in class, they still know am I in class or not.Haishh I thought people never see me before.

"Kamu dari class mane ye, tak pernah nampak pun" - Dr shivee
"Student baru ye?" - Dr Hasri

See they never notice either me in class or not, so can I skip their class and asking friend to sign my attendnt...??

Thursday, March 11, 2010

susu segar

Update lagi!

banyak sungguh masa saye eh, konon tak cukup 24 jam sehari. Maknanya semua tu auta je kot. Hahaha actually saye cuma menggunakan masa dengan efektif je. Sementara menunggu kawan-kawan untuk grouping work, ada baiknya saye update blog ni. Well as I love time so much, so why dont I use it for something errr berfaedah, rite??


Well, situasi saye sekarang sangat berserabut. Saye mandi tak basah hari ni. (saye sibuk, tak ada masa nak mandi. eiiiyuuuuu). Sabar ye badanku, nanti pukul 10, sebaik saje sampai di 226, saye akan mandikan kamu. Oh ye, saye dah mandi pagi tadi so taklah menjijikkan sangat. Lagipun saye sentiasa update "far away" di pergelangan tangan saye. So hanya setitik, saye harum sepanjang hari.

A K U

I just have bout 5 minutes to update this blog, Where's the rest of my time? Of coz I've spend the rest for my class, grouping work and my assigment. Gosh send me some strenght.

Life - is nicer, is more buzy than b4, I've no idea how much tired I'm till I talk in my sleep.....( I rare "mengigau"). My Gosh I just being freak. I wonder what I was said. Unfortunately NSL cant understand what I'm saying. Hahaha

Love - S is like a sun and me a flower, I need his shine to be blossom. Eventhough sometimes cloud was prevent him to reaching me, but I know he's always try. S, S, and S u're to near to my heart.

Wednesday, March 10, 2010

Bla babla bla bla bla

I will watching a "mini Sketsa" the title is ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA. nice is it? kitakan satu malaysia. And I'll bet myself there's no regret at all.

Tense, tense and tense, that's the only word to capture me. I hope soon I'll figure out how to through all these tense.....

Tuesday, March 9, 2010

only him



Biarkan berlalu


Semua kepedihanmu


Lelapkan matamu


Biarkan mimpi membawamu


Ke mana kau mahu


Selamat malamTidurlah sayangku


Siang kan tiba bercahaya


Bermula baru semua untukmu


Biarkan berlabuh tirai kisah semalam


Yang indah itu ada padamu


Dengan setiap impian dan harapan


Selamat malam


Tidurlah sayangku


Siangkan tiba bercahaya


Bermula baru semua untukmu




Saye tak sangka S sudi nyanyikan lagu ni untuk saye...Awww terharunya...malam tu gila lena saye tidur. Akhir-akhir ni banyak benda yang saye tak sangka S akan buat. Contohnya, dia sudi memaafkan kesalahan saye yang sangat besar yang sukar terampun. Hebat kan?? Mungkin itulah cinta, betul tak?




I tried hard to stick with him, only him. I dont know what will happened next, I dont know if we"re can still be in lasting relationship. I just put my trust on hiRemove Formatting from selectionm. cuz i know, without trust we're have nothing.




Me and S for the next, next year, to the "ke anak cucu", hopefully we can make it.




Thursday, March 4, 2010

the hardest word eva...sorry

Malam tadi saye melalui fasa kecelaruan minda yang amat kritikal. Kepada kawan terbaik saye, nonie, saye betul-betul minta maaf. Saye dah salah faham pada kamu, saye harap persahabtan kita tetap akan seperti biasa. Saye memang rasa bersalah dan sangaaaaaat malu pada kamu. Childish sungguh kan.

Monday, March 1, 2010

LOVE SICK


sayangku
tahukah kau di dalam hatiku ini
tersimpan perasaan cinta yang suci
kau bunga
ingin ku sunting mu di dalam hatiku
lantas ku abadikan dalam jiwaku
sayangnya harapan yang selama ini ku bawa
hancur berkecai musnah jua akhirnya
segalanya bagaikan sebuah mimpi

...................................

S is not available for me anymore. He deserve better perhaps. For me even I still can't for him but still I hope he will happy with his choice. (bullshit#1%^#- just speak in my mind) I have to being soooo hypocrite, pretend that I'm ok with it. Pretend that I'm ok even I was dumbed.

LOVE IS SUCK, SHIT, FUCK OFF!


S I T U A S I

"Lama tak update, nape?"

Antara logika saye-:

-Sibuk dengan assigmen
-Mase 24 jam tiba-tiba tinggal 13 jam je
-No connection
-Takde benda nak update:)

Saye memang sibuk lately. Assigment banyak, Group project lagi, sebab tu saye sering bertangguh untuk update blog ni. Masa saye yang selama ni ada 24 jam terus tinggal 13 jam. Kalau masa tu visible tentu saye dah boleh nampak diorang berlari-lari. Aishhh takutnya.... Lagipun kedudukan kolej saye yang tak strategik ni membuatkan saye tak mampu untuk meng'update'. Saye berharap cepat-cepat la pihak admin ke pihak kolej ke tok penghulu atau sesape yang terlibat membetulkan keadaan ini. Semoga wireless kat sini jadi lebih kukuh dan tak cepat hilang tambah-tambah bila hujan. Idea pulak semakin kering. Luahan perasaan lagilah kering. Saye sedang mengalami kecelaruan minda sekarang ni. Simptomnya, saye semakin kurang fokus dan cepat lupa. Perkataan yang paling kerap saye gunakan sekarang ialah:
"ha pe die? ulang balik babe"........