Monday, February 8, 2010

anak-anak sekarang

Aisshh tengok budak-budak zaman sekarang ni, memang terlebih anjakan paradigama la. Memang tak sama dengan zaman saye masa budak-budak dulu. Banyak perbezaan dari pelbagai segi, contohnya:

1) Perasaan

"Yusri, yusri t teman kite g taman eh, main buaian." nada manja sambil gadis comel (darjah 1) meraih tangan temannya itu.
-ni cerita kawan saye yang tinggal di Rawang semasa menjemput adik beliau balik sekolah. Hehehe Rasa-rasanya masa saye darjah 1 dulu perkataan "couple"pun tak tahu, kalau nak "couple" lagi la jahil:)

2) Teknologi

Nokia, Sony, Samsung, Iphone, Bla bla bla
Cakap je apa pun jenama handphone, mesti budak-budak zaman sekarang tahu. Malah ada yang lebih cekap berbanding kamu. Baru talefon belum lagi PS, laptop (pinjam laptop papa) macam-macam lagi la.

3) Gaya

Diorang memang takkan kalah dari segi gaya.(huh budget betul)
" Mane boleh pakai seluar sekolah sendat-sendat ni"

"Boleh la mama, baru la smart seluar skinny."

-Ini perangai cousin saye yang berumur 9tahun. Mungkin motto hidupnya gaya, mutu dan keunggulan.

Banyak lagi perbezaan sebenarnya. Misalnya dari segi percakapan, budak-budak ni dah pandai cakap "wtf???" "bullSh*%" dan sebagainya....

Mungkin impak arus modenisasi..............

No comments: