Sunday, September 21, 2008

Ramadhan Ini

Sebenarnya aku ada banyak benda untuk ditulis disini tapi bila aku mula masuk laman web blogspot ni semua idea aku akan hilang dan bercelaru. Dan hasil akhir aku nanti ialah sebuah karutan yang langsung tak bermakna.

..............................

Sekarang saya nak ubah cara saya untuk meluahkan perasaan hehehe. Sebagai permulaan kata ganti nama diri pertama akan ditukar. Jadi disini saya akan menggunakan perkataan "saya" untuk digantikan dengan "aku".

..............................

Apa pengertian ramadhan kali ini bagi saya ye?. Sebenarnya setiap kali ramadhan menjelang saya akan berasa sedikit insaf dan menyesali atas perbuatan saya sebelum ini. Sememangnya manusia itu lemah dan tidak lepas daripada melakukan kesalahan dan salah seorang manusia itu adalah saya. Tapi apa maknanya andainya saya tahu saya melakukan kesilapan dan kemudian saya berulang kali mengulangi kesilapan itu. Saya sungguh lemah dan saya selalu kalah dalam menempuh godaan nafsu dan hasutan syaitan.
Kadang-kadang saya terfikir adakah Allah masih menyayangi saya? Tetapi selepas beberapa ketika saya sedar Allah Maha Pengampun dan saya sedar Dia masih menyayangi saya. Buktinya saya masih dilembutkan hati untuk melakukan solat walaupun sering culas.
Semoga saja ramadhan kali ini akan membawa satu sinar baru dalam hidup saya. Semoga ada Hidayah untuk saya kembali ke pangkal jalan.

.....................................