Sunday, August 24, 2008

bila cuti aku akan buang masa dan masa akan buang aku.. heh

Hari ni hari ahad..ahakz semua orang pun tahu yang hari ni hari ahad. Tapi hari ni bermakna hari terakhir aku boleh berfoya-foya kat rumah. Lepas ni aku kena sambung perjuangan aku berfoya-foya kat hostel pulak haha. Pagi-pagi lagi aku dah bangun hari ni. Maksud aku pagi tu pukul 8 am lah. Memang lebih awal daripada biasa. Bangun tidur terus je aku cuci muka dan gosok gigi, itu kan perkara wajib hehe. Selagi aku belum gosok gigi, aku memang takkan bercakap dengan sesapa kerana confidence level yang sangat rendah pada waktu tersebut. After that, aku terus menuju ke food court hehe dapur sebenarnya untuk mencari sesuap rezeki:). Bila buka je tudung saji erm ada nasi lemak fav aku and kuih burger malaysia. Act aku tataw name sebenar kuih tu coz takde kuih tu takde ic, so aku panggil jela kuih tu burger malaysia. Lepas makan aku terus merajinkan diri untuk mengemas bilikku yang umpama titanic pecah. Hehehe memang selerak dan banyak habuk, camne la aku boleh tidur kat situ selama seminggu. Misteri ni.

...................................

Cuti kali ini seperti biasa tak memberi apa-apa kepada aku kecuali tidur yang terlebih cukup. Semua homework aku abaikan saja walaupun sebelum sampai ke rumah aku berkobar-kobar nak menyiapkan semua kerja-kerja yang berlambak tu. Malam ni nampaknya aku akan menjadi antara manusia-manusia yang tidur lewat untuk menyiapkan tugasan di jam sebelas, hahaha padan muka aku. Tapi takpe aku tak kisah sangat sebab aku memang pakar dalam buat kerja last minute ni.

...........................................

Seperti biasa keseluruhan cuti ni aku habiskan dengan menonton televisyen. Banyak gak drama-drama yang membuatkan aku layan. Cerita Ixora (tol ke eje??), ku milikmu, 5 jingga, pe lagi eh...erm anakku bukan anakku pun ok dow, pastu petang-petang ada cerita Indon ycam fairy tail sikit, tu pun boleh la.
Fav series yang aku ketegorikan mesti tonton untuk diri aku sendiri..bukan macam-macam Aznil, bukan Tom-Tom Bak, tapi drama Gossip Gurl xoxo..best drama ni dan one more me vs high heels (sinetron dong).

...................................

Jadi kesimpulannya disini, tiada apa yang perlu disimpulkan kerana aku pun tataw apa yang aku nak luahkan disini hehe. Aku saja je nak post benda ni sebab dah lama sangat tak update, aku rindu...chow!

siyesly aku cuma mengarut je

No comments: