Sunday, May 4, 2008

friendship is suck..betul ke

kadang - kadang aku dapat rasakan apa yang aku buat selama ni semuanya sia - sia. Tepis semua pendapat negatif itu, dan kembali kepada fitrah sebenar manusia iaitu "tidak sempurna". Nobody perfect, I admit it. Sebab aku sendiri tak dapat bayangkan kalau semua insan - insan di muka bumi ini sempurna dan tidak akan melakukan khilaf. Jadi perkara masa silam bukanlah sia - sia dan bukan sampah. Aku selalu memandang rendah pada diri sendiri, aku tidak pernah cuba untuk mengukur kelebihan yang ada padaku. Aku menganggap kelemahan itu sebati dan menjadi sebahagian daripada aku. Tapi aku silap bilamana aku sebenarnya masih mempunyai kelebihan. Buktinya aku berjaya dalam pertandingan pidato bahasa Inggeris baru - baru ini. Even i'm not got the first place, but i'm still proud of myself. Jadi aku jadikan hal ini sebagai satu anjakan paradigma dalam memotivasikan diri sendiri.

Sejak kecil aku mempunyai satu masalah iaitu sukar untuk bergaul. Bagi orang - orang yang pertama mengenali aku akan memberikan title "sombong" kepadaku. Sikapku yang dingin beku ini akan membuatkan aku tidak ambil pusing terhadap pandangan orang. Aku persetankan segalanya. Namun aku sedar mungkin ada baiknya jika aku berubah sikap. Meringankan mulut dengan sapaan -sapaan yang sopan dan membasahkan bibir dengan senyuman tidak akan merugikan aku. Aku cuba membayangkan Farah Azreen ini menyapa semua orang dan tersenyum malah mungkin tersengih bak kucing hilang misai. Huh its really not me.

Aku tidak pasti sama ada aku mempunyai ramai kawan atau tidak kerana pada perkiraan aku setelah melakukan imbal balik, aku memang menganggap mereka - mereka yang selalu makan bersama, riadah bersama dan menyiapkan homework (mengCOPY homework adalah lebih tepat) adalah kawanku, tetapi persoalannya disini adakah aku ini dianggap kawan oleh mereka.

Mungkin aku benar - benar tidak mempunyai ramai kawan. Buktinya sejak dari pukul 8 malam tadi tiada SMS, e-mail, panggilan talefon dan juga YM yang sudi singgah menjengukku. Sudahnya aku menghabiskan malamku dengan menonton drama - drama picisan.

Aku tidak mempunyai ramai kawan mungkin kerana banyak faktor dan salah satunya kerana aku tidak mengetahui makna kawan yang sebenar. Baru - baru ini aku diminta menulis teks public speaking yang bertajuk Friendship. Nampak mudah tetapi hakikatnya aku pecah kepala dan meleleh otak untuk menyiapkan tugasan tersebut. Dan setelah melakukan banyak pencarian pun, aku masih ragu - ragu tentang makna kawan. Dan jam itu aku bersyukur kerana aku ditugaskan menulis essay tentang persahabatan bukan percintaan..

Mungkin satu hari nanti aku akan temui jawapan yang pasti

No comments: