Thursday, April 10, 2008

bad Day

sudah lama aku meninggalkan blog ini sepi, sunyi, bersawang. Hari ini entah kenapa hatiku tiba - tiba terbuka untuk mencoretkan sesuatu. sekadar untuk membuang waktu. Malam ini untuk kesekian kalinya hujan turun dengan renyai. tidak selebat petang tadi. Hujan begini cuma akan melenakan tidur umat manusia
-
minggu ni hidup aku memang boleh diketegorikan sangat hampeh. macam - macam benda dah berlaku.
1) hostel aku ditutup untuk penyelenggaraan elektrik dsb.
2) aku terpaksa bangun seawal jam 5 setengah pagi untuk bersiap kesekolah.
3) trial muet berlalu dengan sungguh hampeh. comment yang tak memberangsangkan.
4 sepanjang minggu ni aku langsung tak pernah siapkan homework aku.
5 Didenda berdiri sebab tak completekan graf pengajian am.
6 tiba - tiba terfeeling pada seseorang yang tak sepatutnya.
7 aku sentiasa cemburu pada sidia bila sidia bergaul dengan perempuan lain, act kami tak pernah ada apa - apa hubungan kecuali kawan biasa
8 pagi tadi aku sampai sekolah pukul9 sebab ada kemalangan so bas tak ada.

sebenarnya banyak lagi benda - benda yang entah apa - apa berlaku pada aku. malas aku nak senaraikan semuanya. tapi aku tak lah kata langsung tak ada perkara baik yang berlaku kat aku minggu ni cuma tak banyak sangat la.

so hear aku terasa nak cerita pasal nasib malang aku nombor 6 dan 7. aku bukanlah seorang yang cantik dan popular. aku rasa kat sekolah tak ada orang kenal aku pun. aku mungkin cuma dikenali oleh rakan - rakan sekelas sahaja. namun aku puas hati dengan hidup aku. itulah diri aku yang sebenar biar apapun orang lain kata. sidia merupakan rakan sekelasku dan antara rakan lelaki yang paling rapat, sebenarnya pada pandangan aku sidia memang agak peramah terutama pada rakan - rakan perempuan dan aku tidak terkecuali. so entah kenapa tiba - tiba aku tersuka pada sidia. dan hal ini aku klasifikasikan sebagai "perkara buruk". disebabkan aku sedar hal ini bukanlah sesuatu yang baik jadi aku cepat - cepat buang perasaan itu. lagipun aku dah ada seseorang yang istimewa yang hadir dalam hidup aku. bukankah aku telah membuat tindakan bijak walaupun agak drastik? walaupun terpaksa menafikan perasaan sendiri tapi sekurang - kurangnya aku tak lah menambah beban dalam hidup aku.

jadi kadang - kadang kita memang terpaksa membuat keputusan yang agak drastik tanpa memikirkan baik buruknya demi menyelamatkan keadaan, walaupun keadaan yang selamat cuma untuk jangka waktu yang sangat singkat. lagipun kita tak akan tahu apa yang akan terjadi pada masa depan jadi cukuplah kalau kita dapat survive untuk satu jangka yang pendek. walau bagaimanapun bukan semua perkara boleh dikendalikan sebegini mudah. sesetengah perkara perlu difikirkan baik dan buruknya kerana sesetengah hal bukan cuma melibatkan diri sendiri malah turut melibatkan orang lain.

untuk kesekian kalinya aku mula berfikir untuk membuat keputusan yang terbaik dalam hidupku

No comments: