Sunday, March 16, 2008

sakit perut!!

waktu aku menulis entri ni aku sedang mengalami sakit perut yang serius. walaupun tak lah sampai ke tahap nak kena hantar ke hospital berdekatan. (kalau kena g spital pun aku tak mau g, takut!) its spoil everything. baru je aku ingat nak berseronok dan menghabiskan cuti aku ni dengan penuh kegembiraan, berjalan - jalan ke ( mungkin), tapi apa yang terjadi sekarang ialah aku terpaksa berjalan - jalan dari bilik ke tandas dan dari tandas ke bilik. begitulah kitarannya. berulang - ulang dan aku tak tahu entah bila semua ini akan berakhir.

_

cuti kali ini, walaupun aku macam tak buat apa - apa tapi banyak memberikan aku inspirasi sebenarnya. jauh di sudut hati aku tetap tak sabar nak kembali ke sekolah. petang ni aku akan balik ke hostel ku yang serba kekurangan. aku rindu katilku (tingkat atas, dekat dengan kipas huhu)....bantal aku yang empuk sebab itu bantal aku sendiri bukan bantal asrama. aku rindu dengan kawan - kawan aku. sahabat baikku yang aku kongsi suka dan duka. tapi sekolah aku cuma ada seorang kawan baik sahaja. bukan aku memilih kawan, tetapi aku lebih selesa menghabiskan masa dengan dia.

_

"sombong" itulah persepsi pertama rakan - rakanku ketika kali pertama melihat aku. tapi aku tak kisah pandangan orang lain terhadap aku. biarlah mereka belum mengenali aku yang sebenarnya. aku kurang bercakap tapi aku suka mendengar. tapi aku tak suka mendengar masalah yang sama diulang - ulang. aku sukakan kesunyian. "the silence"........is beutiful.

_

ini entri aku yang terakhir buat masa ni. kerana di hostel ku yang serba kekurangan itu tiada kemudahan internet. jadi selepas ini mungkin aku akan menulis ketika cuti sahaja. tapi aku tak kisah sebab aku pasti blog ini cuma dibaca oleh aku dan seorang silence reader je. so takkan ada siapa - siapa yang akan suruh aku update blog aku ni. selepas ini aku akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran dan akan mengenetepikan masalah cinta, sms, kawan - kawan, kewangan (??) dan sebagainya. dan ketika aku menulis blog akan datang kita lihat samada aku akan mencapai rancangan jangka pendekku atau tidak ( huhu).

_

tiba - tiba bonda tercintaku membuka channel yang ada segmen senaman and guess what.ia adalah cara untuk mengempiskan perut. ha elok sangat la tu aku rasa perut aku ni dah ada layer dah sebab asyik menjamu selera dengan makanan yang sedap2 sepanjang cuti ni..

setelah menyemak semua yang aku tulis baru aku perasan, hampir 100% dalam entri ini adalah karutan semata - mata. tapi aku tak kisah pun sebab ni blog aku, suka hati aku la nak tulis apa pun. whatever it is, aku nak g buat senaman mengempiskan perut huhu..

No comments: