Saturday, March 15, 2008

hari SABTUku

"pening - pening lalat" itulah situasiku sekarang kenapa?? sebab aku baru je buat kertas kerja untuk kelab aku. buat kertas kerja ni bukan kerja aku sebenarnya, dah sah - sah ni semua kerja seorang setiausaha. aku bukan setiausaha. aku dilantik menjadi pengerusi. setahu aku tugas seorang pengerusi ialah merancang dan mengurus aktiviti kelab tapi sekarang apa yang aku buat?? huhu aku tiba - tiba diarahkan untuk membuat kertas kerja ( i hate this type of work leceh nak mampos ). walaupun jiwa aku meronta - ronta untuk menerima tugasan tersebut, tetapi mulut aku tetap berkata "ya". sejak kecil aku memang susah untuk berkata tidak, hati dan usus aku yang baik ni tak sampai hati untuk menolak permintaan orang lain.

_

petang tadi aku bercadang untuk menghabiskan sisa - sisa cuti aku ni dengan aktiviti yang berfaedah iaitu menonton televisyen. (memang berfaedah kan.) tapi tengah aku layan cerita tamil tiba - tiba..... alamak datang pulak kawan - kawan ayahku...huhu. tapi aku buat don't know je dan meneruskan aktiviti aku tadi. (bio le bapak aku borak - borak dengan kawan - kawan dia...takkan aku nak menyebuk plak kot) sejam (agaknye la ) lepas tu mereka pun beransur pulang. aku rasa sungguh lega kerana aku boleh la baring - baring sambil tengok tamil ( tadi aku bajet sopan, sebab sesape yang duduk kat ruang tamu bleh nampak dengan clearnya segala aktiviti dibuat diruang lepak - tempat tgk tv ). sekali lagi tiba - tiba datang pula sanak saudaraku dari puchong. hohoho kali ni aku tak boleh escape kerana sebagai orang melayu yang memegang utuh budaya timur, aku perlu melayan sanak saudaraku, sekurang - kurangnya aku perlu menghidangkan air. (pastu blah la) ala tapi makcik ruby nak sembang - sembang dengan aku la pulak. ( camne nak escape ni...) so aku pun lepak la sekali bersama ayah dan bondaku. sembang punya sembang aku menjeling jam di dinding...alamak dah dekat pukul 4 la, cerita "my girl" dah nak start. aku mula resah dan gelisah. dalam hati aku berdoa agar mereka terbuka hati untuk pulang seawal mungkin. tapi harapan tinggal harapan, mereka masih berbual - bual dengan gembira tanpa menunjukkan tanda-tanda mahu pulang. aku bercadang untuk berfikiran positif. (takpe leh tengok tv dari sini....huhu tapi jarang ruang tamu dengan tv kira - kira 6meter memang tak syok lagipun tv aku cuma 24inci je) bial cerita kegemaranku itu bermula aku pun mula menoton dengan sepenuh hati dan cuba mengabaikan suasana yang bingit dengan gelak ketawa itu. sedang aku feeling2 bila hero handsome tak mempedulikan perasaan heroin comel....tiba - tiba pandanganku gelap...ala anak siapakah itu yang telah menarik kerusi comel berwarna kelabu dan lepak betul - betul di hadapan tv kecilku. arghhh jeritku didalam hati.....
aku menguap beberapa kali, menguap ketika orang lain sedang bercakap adalah tidak sopan jadi aku mengambil keputusan untuk tidur. tapi apakah langkah yang paling sopan yang perlu ku ambil untuk beredar dari situ....pling! idea datang menjelma. secara senyap - senyap aku membuat satu missed call kepada Reza dan rancanganku berjaya apabila Reza membalas missed call ku dengan sebuah panggilan...( thanks god)
"err excuse me ye...." kataku dan berlalu masuk ke dalam bilik.
setelah menjawab panggilan talefon itu selama lebih kurang 15 minit 23 saat........aku baring - baring di atas tilam empukku dan akhirnya aku "ter"tidur..ZZzzzzzzzzzzz....

aku tak tau bila sanak saudaraku pulang. aku tidur dengan nyenyak kerana hujan lebat petang itu. aku kembali terjaga apabila hari hampir senja. aku bangun dan terus menonton siri krayon shin chan...................

No comments: