Thursday, March 13, 2008

bla bla and bla

Aku tak tahu kenapa aku tiba - tiba berminat untuk jadi salah seorang blogger, yang selama ni aku tak pernah endahkan. Mungkin kerana manusia mudah berubah. Bak kata Reza "polis zaman dulu pun pakai seluar pendek". Saat aku menulis entry ni, aku sambil menonton drama kat Tv3 "enigma". Cerita yang aku ketegorikan "boleh tahan". entah kenapa aku berminat mungkin kerana jalan ceritanya. ( poyo, aku tipu) mungkin kerana "farid Kamil" menjadi watak utama (yang ni betoi...)
Bosan....kira cicak
"1 cicak,, 2 cicak,, apa tujuan cicak - cicak tu merayap kat atas siling bilikku yang putih bak dicuci dengan Breeze tu.....??"
Itu dunia cicak aku tak perlu masuk campur dengan urusan mereka. Persetankan mereka, apa yang perlu aku buat, uruskan hal aku yang tak pernah selesai.
Ini mengingatkan aku pada homework2 aku yang berlambak yang aku belum sentuh.
Arghhh tension siot.....
"tak perlu tension dengan tugasan kita. Suka atau tidak kita kena buat" itu kata - kata Reza (hmm i can't believe he said like that.)
Apa yang Reza buat sekarang ya?
>sudahkan drawing?
>lepak2 dengan roommate dia?
>tidur?
entahlah....itu juga urusan dia (mind your own buisness) seperti cicak2 tadi aku tak ingin ikut campur. Biarlah dia dan dunianya.

still aku tak tau apa tujuan aku menulis yang bukan - bukan ni.

No comments: