Friday, March 14, 2008

baru beberapa saat yang lepas aku terima panggilan telefon daripada dia. Aku gaduh lagi. masalah ni mungkin berpunca daripada aku. aku yang cari masalah dan memang patut pun bila dia cakap dia benci aku. aku tahu niat dia baik, cuma nak ambil berat tentang aku. tapi bukan ni yang aku nak. aku dilayan macam budak kecil umur 3tahun. memang sikap aku keanak- anakkan. aku jarang serius dan kadang - kadang aku selalu buat keputusan sendiri tanpa berbincang sepatah pun dengan dia kononnya untuk kebaikkan kami. tapi itu semua tak bermakna aku perlu dilayan seperti anak - anak. aku tak mahu dikongkong. aku mahu bebas mengejar setiap impian aku. bodohkah aku kalau aku melepaskan dia yang benar - benar menyayangi aku. aku akan dianggap mementingkan diri kan.

biarlah masa yang menentukan segalanya

No comments: