Saturday, March 15, 2008

aku bahagia sekarang

aku rindu pada reza sebenarnya. walaupun aku tahu benda ni agak kelakar kan. senyuman dia yang sweet tu (wekk2) haha seriusly memang sweet cuma sangat jarang untuk dia menghadiahkan senyuman itu kepada sesiapa. that's why orang lain cakao dia tu ala-ala ganas huhu. dia tak ganas la wei. he's kinda polite anyway, cuma orang lain takkan perasan pasal tu sebab sapaan - sapaan yang sopan tu cuma diberi kepada orang - orang tertentu je. untuk orang lain dia lebih senang dengan sapaan - sapaan yang hampeh dan kurang ajar. haha jangan marah ya. dengan aku? lagi la selamber je kalau dia nak mencarut depan aku ( hampeh sangat ini mamat, perlu ditambah subjek sivik ni ). walaupun aku tak suka sangat perangai dia tu tapi cuma dia je yang selalu "pinjamkan telinga" dia untuk dengar masalah - masalah aku yang tak pernah habis. haha thank a lot ya. dan aku tak tahu kenapa aku memang percayakan dia. ( almost 100% :) )
_

aku senang sekarang memiliki status single. walaupun aku tak tau untuk berapa lama. seriusly aku nak concentrate on my studies. aku gagal masa SPm ya walaupun aku dapat 5A1 tapi aku gagal ke matrikulasi ( tempat idaman aku ) aku tak buat permohonan lain. ( borang UPU aku buat don't know je ). kawan - kawan aku pelik dengan aku, kenapa aku ambil keputusan untuk menduduki STPM. ( diorang kata kena sekolah lagi...leceh ) tapi itu keputusan yang terbaik buat aku. waktu aku tolak tawaran UitM Penang dulu pun aku memang dah yakin dengan keputusan aku ni. aku tak kisah sangat pendapat orang lain. dan yang penting sekarang aku dah tahu apa cita - cita aku, kelakar kan dah 19 tahun baru lah tahu cita - cita sendiri. alah selama ni cita - cita aku memang banyak. doktor la, cikgu la entah apa lagi....tapi tu semua rekaan semata - mata sebab cikgu suruh tulis dalam kad 001. masa sekolah dulu aku memang naif, aku buat sesuatu tu, semua ikut kawan. nasib baik lah kawan - kawan aku semua baik - baik, tak terlibat dengan gejala negatif huhu.

aku nak tengok kartun Mickey........................

No comments: